Sabtu, 6 Februari 2010

Kepentingan Akidah kepada pelajar

Alhamdulillah,
segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah Yang Mencipta arasy,
langit dan bumi, Dialah juga pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan
para sahabat baginda.


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penerapan ilmu akidah bersistemkan aliran
Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap para muslim,walau bagaimanapun,beban meritokrasi,menyebabkan kita hanya menumpukan soal ibadah semata-mata sehingga gagal memahami akidah yang sebenar terutama kepada pelajar muslim,hal ini dapat dilihat apabila segelintir pelajar muslim,bersolat tetapi masih bermaksiat,menggalakan yang makruf namun mendekati mungkar,sedangkan subjek Pendidikan Islam itu sendiri ditekankan di sekolah-sekolah,dan kepelbagaian ilmu moral yang lain sekurang-kurangnya dapat melahirkan pelajar yang berfikir,dan berperasaan.Apa yang silapnya?mana datang salahnya? Kesilapan yang nyata yang dapat dilihat ialah masalah akidah.

Kegagalan menerapkan kepentingan akidah dalam diri pelajar akan menyebabkan banyak bahaya,tanpa akidah yang benar,percanggahan feqah akan berlaku,dan perkara ini perlu dibendung,akidah yang mantap sahaja akan menjadikan ibadah seseorang itu diterima.Namun dalam menghadapi cabaran menerapkan ilmu ini kita dapati ramai golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.


Mari kita merenung sejenak, adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa
bukti yang kukuh harus bagi kita menamakan mereka sebagai Ahli Sunnah Wal
Jamaah? Sekiranya begitu maka sesiapa sahaja yang tidak berakidah Islam pun
berpeluang mendakwa sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah.


Sedia maklum bahawa ancaman dan penentangan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah
yang sebenar datang dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran
songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari
erti jihad, isu murtad dan sebagainya. Apakah mauqif dan peranan pelajar kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah?


Ramai jua yang tahu peranan masing-masing tetapi mengabaikan tindakan segera
atau menganggap ia sebagai suatu yang boleh dilakukan pada masa yang akan
datang tanpa disedari semakin hari semakin pupus insan yang mengetahui erti
akidah yang sebenar, semakin hari semakin hilang mutiara ilmu akidah yang
menjadi senjata utama dalam menguatkan serta memajukan lagi traf insan yang
bergelar Ahli sunnah Wal jamaah. Renunglah sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:
"sesungguhnya manusia itu apabila ia melihat (mengetahui) kemungakaran, tiada
pula ia merubahkannya maka Allah akan mengumumkan azabNya ke atas semua
manusia."


Riwayat Imam Ibnu Asakir dan Imam Abdari dalam kitab beliau tahzir Syar'i
wajib. Jadikan juga renungan pada kata-kata yang sering diungkapkan oleh para
ulama seperti Imam Ali Ad-Daqqoq yang bermaksud, "senyap dari menyatakan
kebenaran merupakan syaitan bisu".


Betul akidah terima ibadah
Akidah yang membawa erti pegangan dan kepercayaan dan pegangan serta
kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar dan salah. Akidah yang
benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah. Tanpa akidah yang benar
Allah tidak akan menerima segala amalan soleh.


Sekiranya akidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan
keburukkan maka akan hanya dibalas dengan keburukkan. Justeru itu perkara yang
berkaitan dengan akidah tidak harus dijadikan gurau senda atau diremeh-remehkan.


Hubungan akidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang
bermaksud:"Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun
wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah
yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit."
(An-nisa: 124)



Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan
orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah.
Begitu juga kenyataan dari hadith nabi yang bermaksud, "Semulia-mulia amalan
adalah beriman kepada Allah dan rasulNya (beraqidah dengan aqidah yang betul)."


Riwayat Imam Bukhari dalam kitab Sohih Bukhari. Ini menunjukkan bahawa akidah
merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari
masalah-masalah lain.


Akidah ahli sunnah wal jamaah
Kesemua akidah Ali Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith
serta Ijmak para ulama.


Dalam ilmu berkaitan mengenal Allah Subhanahu Wa Ta'ala, para ulama ahli Subaha
Wal Jamaah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh
Allah Ta'ala sendiri di dalam Al-Quran dan apa yang telah dinyatakan oleh
Rasullulah di dalam hadith baginda tanpa menyandarkan sifat tasbih (penyamaan)
atau tajsim (menjisimkan) bagi Allah, ulama ahlu Sunnah Wal Jamaah juga
menafikan bagi Allah segala sifat tersebut seperti sifat duduk, bertempat,
berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas
langit, berada di atas arasy dan sebagainya dari sifat-sifat yang tidak layak
bagi tuhan bahkan mustahil baginya.


Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam surah As-Syura ayat 11 yang
bermaksud: "Tiada sesuatupun yAang menyerupaiNya". Wujudnya Allah tanpa
diliputi tempat berdalikan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud "Allah
telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali". Riwayat
Bukhari dalam Sohih Bukhari.


Ini merupakan dalil qot'i bahawa dia sahaja yang wujudnya azali manakala
tempat, arasy, langit, dan selainnya bukan azali.


Ijmak para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam Abdul Qohir Bin Tohir
Al-Baghdadi dalam kitab Al-Farqu Bainal Firaq halaman 333 cetakan Darul
Ma'rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas arasy akan
tetapi Allah Wujud tanpa diliputi oleh tempat: "Dan telah disepakati dan
diijmakkan bahawa Allah tidak diliputi tempat,"ijmak para ulama ini sememangnya
tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah dan musyabbihah yang
menyamakan Allah dengan makhluk.


Murtad ancamannya terhadap akidah

Isu murtad menjadi masalah yang paling utama bagi sesebuah negara sekiranya
negara itu sememangnya negara Islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak
boleh lari mengetahui hukum hakam berkaitan murtad.


Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang adalah perlu
supaya kita tidak terjerus ke kencah murtad dan dapat membantu mengislamkan
mereka yang telah murtad.


Perlu diketahui bahawa diwajibkan ke atas setiap orang Islam menjaga akidahnya
di dalam Islam dan melidungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan
(merosakkan), membatalkan, dan memutuskan akidahnya, ini dinamakan sebagai
keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad) Imam an-Nawawi dan imam-imam yang lain
pernah menyatakan:


"Murtad adalah jenis kekufuran yang paling dibenci."


Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu menuturkan
perkataan-perkataan yang mana membawa dia keluar dari Islam, dirinya tidak
menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikannya kafir.


Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedar bahawa dia telah pun murtad.
Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith
baginda:


"Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya
membahaya yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka."
(Riwayat Imam Tirmizi dan Sunan).


Ini juga bererti tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu
akan menjadi murtad apabila menurturkan perkataan kufur. Bahkan di dalam
keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika di menuturkan perkataan
kufur.


Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud; "Jika seorang lelaki marah pada
anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang
lain bertanya kepadanya, "kenapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang
Islam? Dengan segaja dia menjawab, 'Tidak', maka dia telah menjadi murtad
kerana tidak mengaku sebagai muslim". Ini juga telah dinyatakan oleh ulama dari
mazhab Hanafi dan juga para ulama Islam yang lain.

Akhirul kalam,seseorang pelajar mahupun muslim itu sendiri perlu mengetahui makna akidah tanpa akidah yang kuat ibadah sia-sia belaka,justeru itu memantapkan akidah sebagai pelajar muslim adalah syarat dalam melahirkan generasi yang berilmu dan kukuh pendirianya.Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Listen to Quran

Palestin Deritamu akan Menjadi haruman Syurga